Assalamualaikum and hi :)
Aku rasa aku tak buat lawak tadi.Aku tak sengaja terluah that I wanna make some changes.Keep all the strength and turn out to be another side of Amalina.The better one.Aku tak berharap yang aku akan jadi seorang yang pious.Sungguh tahap tu terlalu tinggi untuk dicapai olah orang yang jahil bab agama macam aku.Mungkin betul apa yang Jay cakap 'Kau dah khatam Al-Quran lebih dari 3 kali pun,perangai macam ni jugak.' Aku tahu statement tu memang bukan dia buat untuk bom aku,sebab aku tahu dia memang jujur dalam percakapan,sometimes.
Betul,kalau cakap je memang tak guna.Normal kan,things are easier said than done.Kalau nak cakap,semua orang boleh cakap selagi dibenarkan olehAllah,maknanya Allah masih bagi kau merasa nikmat di hujung lidah tu.Kau tak bisu lagi.Ucap syukur kepada Allah sebab semua tu memang Allah yang
supply kat kau kan.Tapi tak semua benda yang kita cakap,kita boleh buat kalau tak tanam,tak semat benda tu dalam lubuk hati yang terdalam,sampai tercalit sekali dalam celahan-celahannya.
Aku pun memang tak perfect mana,sungguh aku jahil.Gila punnya jahil.Sebab kejahilan aku,aku prefer diam kalau orang berborak/ berbincang pasal agama sebab aku takut salah cakap,nanti disalah tafsir.Ah sudah,sesat pulak orang kalau ikut aku.Betul,niat nak tutup aurat tu memang ada,cuma tiangnya tak kukuh.Aku taktahu siapa yang patut disalahkan dalam hal ini; tiang tu sendiri atau permukaan untuk cacak tiang tu yang lembik kot.Tepuk dada,semat dalam hati aku sendiri.sebelum buat sesuatu,tetapkan niatnya di dalam hati agar Allah permudahkan segalanya,InsyaAllah.Jangan pernah kau masukkan perkataan
kesusahpayahan dalam kamus hidup kau kalau kau mahu hati tenang.
Entah,aku nak luah tapi ah taktahu la.Aku lost.Lost dalam niat sendiri.Lost dalam jiwa sendiri.Lost dalam minda sendiri.Lost dalam akal fikiran sendiri.Apa yang aku nampak kat depan aku sekarang ni semua semak samun,hutan belantara yang entah setebal mana,sungguh kalau diukur dengan iman,memang aku takkan dapat lepas.i just want someone to be my listener.Takkan aku nak suruh dia
take a bite from my plate,chew,then telan.Tak boelh pakai jugak kalau hati tu dah keras macam batu,mentaliti dia dah memang sebegitu ugh.
Cukuplah Allah bagiku,tiada di hatiku selain Allah. Nur Muhammad s.a.w,tiada tuhan selain Allah