24-jam
Isnin sampai Ahad
Aku hadap kau
Kau hadap aku
Masing masing tak reti muak
Apa?
Sumpah aku cakap
"Muak" tak pernah datang jengah hari kita.
Aku punya kau,
Kau punya aku.
Apa lagi kita mahu?
Bahagia kita kepal sama
Kemas.
dalam genggaman memasing.
Terang,
Dalam habis sayang kau pada aku
Mana pernah kau mahu tinggalkan aku
Sesaat pun berat kau nak blah dari sisi aku
Kentut aku pun kau lali bau pabila dalam kereta
Asal saja aku kekal di sisi
Rela kau tak tidur
Asal saja aku ada di sisi
Pedulik dengan penat engkau balik kerja
Asal saja pabila kau toleh kiri kanan
Aku kan tetap ada di sisi
Dengan tangan aku dalam genggaman kau
Susah nak lepas,bukan?
Si setan berjaya lagi.
Kau harap
Masa mampu jadi beku
Atau paling tidak,
Biarlah masa berputar macam siput
Kau-aku-kita; slow-mo
Biar.
Aku kau punya,
Kau aku punya.
Pedulik dunia keliling.
Kita tenggelam dalam dunia gampang kita.
Tak tahu mana silap,
Baru aku sedar
Yang momen kita entah karam celah burit mana
Yang aku tahu,
Ya.
Aku hilang orang yang selalu ketagih sama aku
Orang yang dulunya ketagih dengan eksisten aku di sisi
Orang yang dulunya ketagih suapkan aku dengan makan malam
Orang yang dulunya ketagih dengan perangai gampang aku
Orang yang dulunya ketagih dengan tangan aku
Yang dia genggam tiap masa
Yang mana aku kira,
Kalau boleh,dia nak kunyah simpan dalam laci perut dia.
Biar dia jadi pemilik mutlak tangan aku.
Ya.
Aku hilang dia.
Aku hilang hati aku.
Walaupun separuh cuma.
Apa?
Kau cuba selak balik buku kita dua tahun lepas?
God damn it.
Ini palat habis ni bro.
Kenapa bila bahagia mula tumbuh,
Setan lahanat sibuk mencucuk.
Kenapa?
29Oktober2013
12.33am
On bed,at home
-I lost him and i just realised.